Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengejutkan pasaran dengan menetapkan kadar faedahnya tidak berubah pada paras terendah 1.00% melalui mesyuarat polisi monetarinya pada pagi ini kerana sebelum ini, ramai yang menjangkakan RBNZ akan menurunkan kadar faedahnya selepas merujuk kepada data-data ekonomi yang lemah.
Sejurus selepas keputusan diumumkan, NZD/USD melonjak di sekitar 80 pips untuk kembali mendapatkan pegangan 0.64 manakala nilai matawang kiwi juga tinggi berbanding kumpulan matawang utama lain.
Berdasarkan kenyataan oleh RBNZ, pasaran buruh kekal berada di sekitar tahap maksimum kemampanannya manakala inflasi pula masih di bawah sasaran 2% tetapi masih dalam lingkungan sasaran bank pusat. RBNZ akan terus memantau perkembangan dan tetap bersedia untuk bertindak jika diperlukan.
Selain itu, kadar pertukaran dolar New Zealand yang rendah pada tahun ini juga telah menyediakan tambahan kepada persekitaran ekonomi global yang lemah. Kadar faedah perlu kekal pada tahap yang rendah untuk tempoh yang lama untuk memastikan inflasi mencapai sasaran dan pekerjaan yang mapan.
Di samping itu, dagangan dolar Amerika pada sesi Asia mempamerkan penyusutan berikutan terkesan oleh kegagalan Presiden AS Donal Trump untuk memberikan maklumat baru dalam usaha perjanjian perdagangannya dengan China.
Dolar USD menyusut berbanding matawang safe-haven yen dan swiss franc sementara pasaran kini menunggu keterangan kongres oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell mengenai ekonomi di depan Jawatankuasa Bersama Ekonomi pada hari ini.
Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama lain pula susut 0.04% kepada 98.31.
Sementara itu di Eropah, dagangan pound dilihat mendatar berbanding USD di tengah-tengah perkembangan pilihan raya terkini menunjukkan bahawa Parti Buruh terus memendekkan jaraknya dengan Parti Konservatif yang mendahului sokongan untuk memenangi pilihan raya.