Penganalisis berpendapat matawang euro berpotensi untuk terus kukuh berikutan terdapat faktor-faktor yang mendukung dan kekhuatiran terhadap Brexit semakin pudar.
Matawang Euro mencapai paras tertinggi dalam tempoh 7 minggu pada hari Khamis selepas Kesatuan Eropah dan UK mencapai persetujuan dalam isu Brexit. Walaubagaimanapun, para penggubal dasar UK boleh menolak perjanjian tersebut dalam persidangan parlimen pada hari Sabtu.
Dalam masa yang sama terdapat kemungkinan perbelanjaan kerajaan di Eropah akan ditingkatkan dan pengurangan kadar faedah lanjutan Amerika Syarikat turut dapat mendorong pengukuhan Euro.
Sejak akhir-akhir ini amalam pelonggaran monetari oleh ECB mendapat kritikan dalaman dan hal ini terdapat kemungkinan Presiden ECB, Mario Draghi untuk tingkatkan perbelanjaan kerajaan pada mesyuarat bulan ini.
Ditambah pula dengan data A.S yang lemah akan mendorong the Fed untuk mengurangkan kadar faedah lebih lanjut dan perkara ini sudah cukup untuk menjana pengukuhan matawang Euro. Pengeluaran perkilangan AS jatuh paling banyak dalam tempoh lima bulan pada bulan September, jualan runcit buat pertama kali jatuh dalam tempoh 7 bulan dan jangkaan inflasi daripada New York Fed juga mengalami kejatuhan pada bulan lepas.
Tumpuan pasaran kini tertumpu pada undian parlimen UK mengenai perjanjian Brexit pada hari Sabtu ini.