Pound Sterling terus melakarkan kecemerlangan pada dagangan Selasa selepas berjaya melonjakkan nilai matawangnya terkesan daripada laporan perkembangan Brexit yang positif.
Perdana Menteri Britain, Theresa May dilaporkan telah membenarkan para penggubal undang-undang untuk mengundi bagi penangguhan Brexit pada tarikh 29 Mac ini. Pelabur melihat situasi tersebut sebagai satu langkah yang baik dalam usaha untuk memastikan UK tidak berdepan situasi pengunduran dari Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian.
Sementara matawang Yen masih didagangkan lemah dalam pasaran semasa. Selain dipengaruhi oleh faktor perkembangan positif rundingan dagang, keputusan bank pusat Jepun juga dilihat tidak menyokong kenaikan pada nilai Yen.
Gabenor Bank of Japan (BoJ), Kuroda menyatakan bahawa bukan masanya lagi untuk bank pusat keluar daripada dasar monetari yang longgar.
Padanan matawang Pound bersama matawang safe-haven Yen yang sedang bergerak lemah memberikan perbezaan pergerakan yang agak ketara.
Pasangan matawang GBP/JPY terus merekodkan kenaikan ke paras lebih tinggi mencari paras ketinggian semasa yang baru selepas zon resistance pada paras sekitar 144.800 sebelum ni telah berjaya ditembusi harga.
Adakah harga mampu mencapai kenaikan sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line hari ini sekaligus mencatatkan 250 pips kenaikan?
Atau harga akan kembali membuat penurunan semula dan menguji paras tumpuan pada 144.800 sebelum ini?
Lihat gambar chart GBP/JPY di bawah dan beri tumpuan pada paras yang telah digariskan untuk rujukan analisis teknikal anda.
Perhatikan juga paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko pada posisi dagangan.
Paras support: 145.531, 144.556, 143.795.
Paras resistance: 147.267, 148.028, 149.003.