Matawang AS Dolar terus didagangkan merosot berbanding matawang utama yang lain pada dagangan Selasa atas faktor yang sama iaitu jangkaan Federal Reserve akan menghentikan kenaikan kadar faedah pada tahun ini manakala Pound Sterling pula mencecah lebih tinggi sebelum undian persetujuan Brexit peringkat Parlimen berlangsung pada awal pagi Rabu nanti.
Perdana Menteri Theresa May mesti memenangi undian ini untuk mendapatkan kelulusan dalam perjanjian Brexit beliau ataupun beliau bakal berdepan dengan keadaan yang huru-hara jika gagal dalam undian ini. Setakat ini, pasaran melihat undian tidak memihak kepada Theresa May dan peluangnya untuk memenangi undian ini adalah tipis.
Beralih kepada data imbangan perdagangan zon Eropah untuk bulan November, eksport jatuh sebanyak 1.0% sementara import menurun 1.9% dan disini berlakunya lebihan dagangan yang positif (surplus). Walaupun surplus, Euro diniagakan rendah pada hari ini apabila kejatuhan di luar jangkaan dalam sektor pengeluaran industri semalam. Tambahan lagi, risiko terhadap ketidaktentuan Brexit juga sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan indeks Euro hari ini.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.25% setakat 7:30 petang ini.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini menurun 0.35%, dimana GBP/USD di dagang rendah 0.16%. USD/JPY pula menguat 0.31% dengan USD/CAD didagang 0.20% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang baik pada 0.55%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.17% dan 0.39%.