Harga bitcoin menunjukkan kejatuhan sejak matawang crypto yang bakal diterbitkan oleh Facebook dihambat oleh banyak pihak.
Pada hari ini, harga bitcoin jatuh lagi apabila Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin mengatakan penggubal undang-undang AS akan menetapkan undang-undang baru terhadap matawang crypto bagi memastikan agar tidak memberi impak negatif terhadap sistem kewangan.
Harga Bitcoin jatuh sebanyak 3.2% kepada $9,785.6. Manakala matawang crypto Ethereum jatuh sebanyak 2.8% kepada $213.70.
Pada hari Rabu lepas, Mnuchin berkali-kali menegaskan bahawa Bitcoin sering menjadi matawang digital yang disalahguna seperti untuk tujuan jenayah. Beliau juga menggesa agar penggubal undang-undang menangani isu ini.
Kekhuatiran terhadap pelan Facebook untuk menerbit matawang crypto milik mereka sendiri telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh 17% pada bulan ini.
Walaubagaimanapun, berdasarkan analisis Bloomberg, Bitcoin masih memiliki dukungan yang kukuh.