Matawang dollar USD didagangkan lebih rendah berbanding matawang Yen pada hari rabu tahun baru minggu pertama dagangan ekoran kebimbangan tentang pertumbuhan ekonomi dunia dan isu penutupan kerajaan amerika syarikat serta proses perlaksanaan kadar faedah oleh bank pusat Federal Reserve yang perlahan.
Dagangan hari ini dilihat bergerak perlahan setelah pasaran kembali diniagakan selepas cuti umum tahun baru sementara pasaran di Jepun masih ditutup pada dagangan rabu. Yen telah mendapat permintaan selama tiga minggu berturut-turut berikutan sentimen berisiko yang melanda pasaran sebelum ini.
Harapan terhadap penyelesaian pertikaian dalam hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China memberi jangkaan yang optimis kepada para pelabur. Presiden Donald Trump pada ahad, memberi isyarat bahawa perkembangan yang positif dalam proses penyelesaian terhadap ketegangan perdagangan di mana sebelum ini telah memberi impak kepada pasaran sepanjang tahun 2018.