Pasangan matawang GBP/JPY meneruskan siri penurunan harga pada dagangan semalam berikutan perkembangan semasa rundingan Brexit masih menuju ke arah kebuntuan.
Dengan tekanan yang turut diberikan oleh pengukuhan Yen, harga pada GBP/JPY terus ditekan ke paras terendah yang baru semalam menguji support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.
Namun harga kembali pantul membuat pembetulan harga sebelum menutup dagangan sesi New York di sekitar paras tumpuan 142.700.
Bersambung pada sesi dagangan hari ini, harga yang memulakan dagangan pada paras Magic Pivot 142.723 menunjukkan sedikit kenaikan harga sehingga menyentuh paras resistance 143.223 (MagicR1) hari ini sebelum kembali menurun semula ke paras Magic Pivot.
Pelabur turut menantikan data-data ekonomi di UK yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang.
Data pertumbuhan GDP UK dijangka menurun kepada paras sifar dari bacaan 0.2% sebelum ini. Turut diramalkan menurun adalah data pengeluaran kilang yang berkemungkinan jatuh ke paras 0.1% berbanding 0.9% pada bacaan sebelumnya.
Jika data pada petang ini mencatatkan bacaan yang positif, dagangan GBP/JPY bakal membuat kenaikan semula dan melepasi paras resistance MagicR1 yang diuji pada sesi Asia pagi ini.
Kenaikan seterusnya akan melihatkan harga menguji paras resistance pada 143.731 (MagicR2) yang juga berada pada zon SBR (support become resistance).
Namun jika bacaan data adalah lemah sementara sentimen pasaran kekal berisiko dan mendorong Yen terus mendominasi harga, penurunan bakal dilihat pada GBP/JPY sehingga harga mencari paras terendah yang baru mengatasi paras yang dicecah pada dagangan semalam.
Destinasi penurunan seterusnya yang berkemungkinan menjadi tumpuan harga adalah ke paras sekitar support 141.715 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.
Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.
Paras support: 142.215, 141.715, 141.207.
Paras resistance: 143.223, 143.731, 144.231.