Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan hari ini dengan unit tempatan diniagakan dalam keadaan dipengaruhi oleh perang dagangan yang masih berterusan serta kejatuhan mendadak harga minyak mentah.
Pada jam 9 pagi, ringgit direkodkan di paras 4.1870/1,920 daripada 4.1890/1,920 pada Selasa.
Kejatuhan ketara harga niaga hadapan minyak mentah Brent sebanyak 87 sen kepada US$58.94 setong mendorong kepada penurunan nilai ringgit susulan pelaksanaan tarif ke atas barangan import China.
Selain itu, aliran pelabur asing boleh berubah-ubah dan sangat reaktif terhadap sentimen pasaran global. Setiap tindakan yang diambil dalam kemelut perdagangan AS dan China misalnya penetapan yuan yang kukuh berbanding dolar AS oleh China telah menjejaskan prestasi pasaran.
Prestasi ringgit merupakan yang terburuk dalam tempoh dua bulan bagi tempoh dagangan sejak 31 Mei 2019 apabila ditutup semalam pada paras 4.1890/1,920 berbanding dolar AS.
Secara keseluruhannya, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama.
Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura pada 30.316/0364 daripada 3.0318/0350 dan naik berbanding pound kepada 5.0993/1071 daripada 51123.1180 pada Selasa.