Pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) pada dagangan semalam kembali ditutup dengan kerugian selepas kejatuhan nilai matawang USD itu terkesan oleh bacaan data ekonomi Amerika Syarikat yang mengecewakan.
Bacaan data PMI pembuatan tinjauan ISM di AS untuk September mencatatkan bacaan lemah dengan 47.8 mata meleset berbanding jangkaan peningkatan kepada 50.4 mata oleh pasaran daripada 49.1 mata pada bacaan sebelumnya.
Penurunan pada bacaan data PMI yang terbaru ini merekodkan penguncupan paling rendah dalam sektor pembuatan lebih sedekad lalu, sejak Jun 2009 berikutan ketegangan perang dagang AS-China yang berlarutan.
Dengan itu, dagangan USD telah mencatatkan kejatuhan pada sesi New York semalam dengan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY telah menjunam sehingga 80 pips dari paras tertinggi dagangan harian semalam.
Dagangan semalam melihatkan pergerakan harga yang menguji zon resistance di sekitar bawah paras harga 108.500 sebelum harga membuat penurunan.
Penurunan ketara itu juga telah menembusi garisan trendline yang ditandakan dari paras terendah pada September lalu sebelum harga membuat kenaikan.
Pergerakan harga pada sesi Asia hari ini perlahan dan berkemungkinan harga bakal bergerak ke paras sekitar 107.900 untuk menguji paras tumpuan tersebut.
Penurunan lebih rendah harga dilihat bakal menuju ke paras support sekitar 107.400 sebelum penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga 107.00 untuk harga menguji zon support yang diuji dicecah pada dagangan September.
Pelabur juga berwaspada menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada penghujung minggu dan pergerakan harga pada carta USD/JPY antara salah satu yang akan menjadi tumpuan.
Lihat gambar carta USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.