Walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan bahawa rundingan dagang bersama China masih berjalan lancar, namun keyakinan pelabur terhadap sentimen pasaran kian pudar.
Ini adalah disebabkan amaran Trump yang menyatakan jika perjanjian perdagangan bersama China gagal dicapai, Amerika Syarikat akan kembali meningkatkan tambahan tarif terbaru terhadap barangan import China.
Berhubung isu pembelian produk pertanian oleh China yang didesak Amerika, China dikatakan tidak mahu perjanjian yang memihak kepentingan sebelah pihak sahaja.
Susulan kebimbangan tersebut, dagangan safe-haven termasuk Yen Jepun Swiss franc mendapat kelebihan untuk mengukuh dalam pasaran semasa.
Namun, pengukuhan Yen agak terbantut ekoran bacaan data pertumbuhan GDP Jepun untuk suku ketiga mencatatkan penurunan kepada 0.1% daripada 0.3% bacaan susku sebelumnya. Penurunan tersebut merupakan angka pertumbuhan paling lemah untuk tahun ini.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga telah menunjukkan corak penurunan pada minggu ini.
Untuk dagangan semalam, harga yang cuba membuat kenaikan menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum turun lebih rendah ke zon support mencecah 108.700 pada sesi pasaran New York. Harga kemudiannya mendatar sehingga sesi berakhir.
Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga cuba untuk turun lebih rendah pada zon support 108.700 namun Yen gagal memberi tekanan terhadap harga.
Jika harga berjaya turun lebih rendah melepasi zon support tersebut, jangkaan penurunan harga seterusnya akan menuju ke paras sekitar 108.300.
Manakala penurunan lebih rendah mampu mencecah zon support pada 107.900 jika sentimen pasaran kekal berisiko.
Namun jika harga kembali menunjukkan kenaikan semula, harga bakal melepasi garisan MA50 dan juga paras tumpuan pada 109.00.
Kenaikan seterusnya akan menguji zon SBR pada 109.300 sebelum menuju zon resistance pada paras ketinggian 109.500 yang dicapai pada minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.