Matawang US dolar tidak banyak berubah berbanding matawang utama pada hari Selasa berikutan para pedagang lebih memilih untuk memerhatikan kemajuan rundingan AS-China bagi perkembangan hala tuju perdagangan.
Perunding utama perdagangan Amerika Syarikat dan China dilaporkan telah mengadakan perbincangan melalui satu panggilan telefon pada awal pagi ini, menurut Kementerian Perdagangan China.
Perbincangan yang melibatkan Naib Perdana Menteri China Liu He dengan wakil perdagangan AS, Robert Lightzier dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, dilaporkan berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perjanjian fasa pertama.
Disisi lain, keyakinan pengguna A.S merosot sedikit pada bulan November dengan Indeks Keyakinan Pengguna menurun kepada 125.5 daripada 126.1 pada bulan Oktober dan jatuh daripada jangkaan pasaran 126.1. Pada hari yang sama juga, data menunjukkan defisit perdagangan AS jatuh pada bulan Oktober dengan penurunan dalam eksport dan import.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sedikit sebanyak 0.01% pada paras 98.22 setakat jam 11.45 p.m.
Disisi lain, matawang sterling jatuh menjunam sebanyak 0.4% kepada $1.2846 berbanding US dolar pada hari Selasa selepas kutipan undian yang dijalankan menunjukkan bahawa jurang undian Parti Konservatif semakin tipis menjelang pilihan raya UK pada bulan hadapan.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson yang mengetuai Parti Buruh berharap beliau dapat menamatkan isu Brexit yang telah berlangsung lebih dari 3 tahun dapat ditamatkan.