Matawang US dolar mengukuh hampir kepada paras tertinggi 2 tahun berikutan data global yang lemah meninggalkan ekonomi A.S antara negara yang memiliki keadaan ekonomi yang sihat.
Matawang AUD pula terus mencatat penyusutan berbanding US dolar dengan susut sebanyak 1.02% kepada paras 0.6677 susulan selepas langkah yang diambil oleh Reserve Bank of Australia dengan mengurangkan kadar cash rate kepada 0.75%.
Langkah yang diambil oleh RBA selepas data menunjukkan ekonomi Australia bertumbuh pada kadar yang perlahan dalam tempoh 1 dekad pada suku kedua. Hal ini adalah berikutan impak perang dagang AS-China yang menyebabkan permintaan China terhadap komoditi Australia berkurangan.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 99.285 setakat jam 10.10 p.m.
Menurut ketua ekonomi ING, Robert Carnell, pergerakan lanjutan matawang US dolar bergantung kepada ucapan Gabenor, (Philip) Lowe di Melbourne pada hari ini.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph, dilaporkan bahawa Perdana Menteri Boris Johnson akan menghantar rincian pelan mengenai pembatasan Ireland.
Matawang Euro mengukuh sedikit sebanyak 0.16% kepada paras 1.0916 berbanding US dolar. Disisi lain, matawang pound terus susut dengan penyusutan sebanyak 0.50 kepada paras 1.2226 berbanding US dolar setakat jam 10.10 p.m.