Matawang US dolar mengukuh ke paras tertinggi 7 minggu lalu berbanding matawang yen pada hari Rabu menjelang mesyuarat FOMC dimana penganalisis pasaran menjangkakan pemontongan kadar sebanyak 25%.
Kebanyakkan para pelabur berpendapat bahawa the fed tidak akan bertindak agresif kerana tekanan inflasi, pertumbuhan upah masih stabil dan ekonomi US juga menunjukkan pertumbuhan.
Menurut penganalisis pasaran FX Mark McCormick berpendapat the Fed akan mengumumkan potongan kadar walaupun data dan jangkaan bercampur.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.09% kepada paras 97.903 setakat jam 11.55 p.m.
Disisi lain matawang Euro menyusut sebanyak 0.1% kepada $1.1056 berbanding US dolar. Walaubagaimanapun bacaan ini masih tinggi berbanding bacaan pada minggu lalu. Matawang CAD juga menyusut berbanding US dolar dengan US dolar mengukuh sebanyak 0.35% berbanding dolar Kanada.
Jabatan Statistik Kanada melaporkan pada hari ini bahawa kadar inflasi tahunan Kanada jatuh sedikit kepada 1.9% pada bulan Ogos berikutan harga minyak gas rendah.
Selepas keputusan mesyuarat FOMC, tumpuan pasaran akan beralih kepada mesyuarat Jepun pada hari Khamis. Adakah bank pusat akan mengambil keputusan unutk melonggarkan polisinya ataupun tidak.