Syarikat gergasi Itali-Amerika, Fiat Chrysler (FCA) dilaporkan telah mengusulkan satu pelan penggabungan dengan syarikat pengeluar automotif gergasi yang berasal dari Perancis iaitu Renault. Langkah ini dilakukan bertujuan bagi menambah bilangan pengeluaran kenderaan masing-masing. Jika hal ini berjaya direalisasikan syarikat automotif FCA akan menjadi syarikat automotif yang ketiga terbesar di dunia.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan The Guardian, kerajaan Perancis selaku pemegang saham sebanyak 15% saham turut mendukung pengabungan tersebut bagi membangunkan kembali industri automotif di negara Perancis. Walaubagaimnapun, kementerian Perancis meminta agar Renault memberi jaminan menjaga pekerjaan dan lokasi industri di Perancis.
Berdasarkan perancangan yang diusulkan, perkongsian perniagaan tersebut akan dibahagi 50/50. Namun setakat ini belum ada kata putus daripada Renault.
Penggabungan ini adalah sebuah kerjasama yang strategik kerana masing-masing mempunyai kelebihan, dimana Fiat Chrysler lebih sinonim dengan kelebihan pengeluaran SUV dan kini Renault merupakan antara pengeluar automotif yang menguasai kereta elektrik. Setakat ini saham Renault telah menunjukkan peningkatan dan begitu juga dengan Fiat Chrysler.