GBP/USD meningkat sedikit sekitar 40 pips setelah 3 hari berturut-turut mengalami kerugian.
Pada sesi ASIA hari ini pasangan matawang tersebut dilihat membuat sedikit kenaikan dari paras 1.2920 berikutan laporan desas desus terdapat perbincangan rahsia antara menteri kabinet untuk menunda Brexit.
Laporan ini telah memberikan harapan baru pada kisah Brexit yang bakal ditunda ke 24 May jika perbincangan Theresa May esok (Khamis) berjaya.
Kenaikan sedikit Pound juga adalah berikutan US Dollar yang membuat sedikit kejatuhan berikutan ucapan Presiden Donald Trump. Trump menuduh China mencuri hasil kekayaan US dan juga pekerjaan di US kerana kebanyakan barang dibuat di China di eksport ke US.
Beliau menegaskan bahawa beliau akan mengakhiri ketidakadilan ini dan melindungi kembali pekerjaan di US. Beliau juga menegaskan bahawa beliau akan tetap membina tembok Mexico.
Dengan jangkaan “soft Brexit” ini dan ketidaktentuan geopolitik US-China memberikan sedikit kenaikan buat Pound.
GBP/USD dilihat perlu mencapai kembali pada paras selamat 1.3000 untuk teruskan kenaikan dan sekarang (5.40pm) sedang menguji paras Magic Pivot (1.2973) pada hari ini.