Dagangan dolar Amerika Syarikat pada Isnin sedikit melemah ekoran timbul kebimbangan pelabur terhadap kemerosotan pada data jualan runcit Amerika Syarikat yang menurunan -0.2% pada Februari lebih rendah daripada jangkaan kenaikan 0.3% berbanding data sebelumnya yang dikemaskini kepada 0.7% pada Januari.
Jabatan Perdagangan melaporkan kadar jualan menurun untuk perabot, kain, makanan dan peralatan elektronik. Turut dicatatkan menurun adalah jualan pada bahan pembinaanb dan alatan penanaman.
Pasaran saham yang mengukuh pada Isnin juga berkemungkinan mengakibatkan penurunan pada permintaan USD. Namun USD masih dilihat mengekalkan dagangannya yang positif berikutan faktor fundamental yang dovish dari bank-bank pusat terus menghalang matawang utama yang lain untuk mengukuh dalam pasaran semasa.
Kadar inflasi yang masih dicatatkan lemah pada zon Eropah untuk bulan Mac terus menguatkan lagi keputusan European Central Bank (ECB) untuk melanjutkan tempoh bagi langkah pengetatan polisi monetari.
Sentimen positif pada ekonomi China pula terus menyokong matawang komoditi khususnya dolar Australia dan dolar New Zealand untuk mengukuh. Faktor tersebut juga meyakinkan kembali pelabur luar terhadap langkah kerajaan dalam mengawal kestabilan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
Pasaran turut menantikan keputusan penetapan kadar faedah oleh bank pusat Australia pada jam 11.30 pagi nanti. Jangkaan kadar faedah bakal dikekalkan di paras 1.50% seperti sebelumnya.
Sementara itu, setelah terkesan pada undian Brexit yang ditolak buat kali ketiga, Pound Sterling dilihat kembali mencatatkan kenaikan pada nilai dagangannya selepas parlimen dilihat cuba untuk mengawal situasi pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.
Beberapa ahli parlimen bercadang untuk menggesa Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk menggugurkan strategi perjanjian Brexit beliau, sebaliknya mengukuhkan hubungan ekonomi bersama Kesatuan Eropah tersebut.