Matawang komoditi dolar Kanada kembali didagangkan positif selepas harga minyak mentah meningkat dalam pasaran.
Kejatuhan pada kadar pengeluaran bekalan minyak mentah oleh OPEC ke paras terendah empat tahun telah menyokong dagangan Loonie di mana minyak mentah adalah merupakan eksport terbesar Kanada.
Selain itu juga, sentimen pasaran yang pulih berikutan data PMI China pada minggu ini yang positif turut menyumbang pada kestabilan pasaran minyak mentah.
Sementara itu, dagangan dolar Amerika mula mendatar berikutan pelabur lebih berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat ini.
Kesempatan ini bakal diambil oleh matawang utama yang lain untuk cuba mengukuhkan dagangan berbanding USD sehingga penghujung minggu ini.
Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD mula menunjukkan penurunan hari ini selepas kenaikan harga pada dagangan semalam dilihat gagal melepasi zon resistance pada 1.33700.
Sehingga sesi pasaran Eropah, harga yang bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3336 hari ini menuju ke paras support 1.3299 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line untuk harga menguji paras terendah yang dicecah harga pada dagangan Isnin lalu.
Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan destinasi tumpuan adalah pada support 1.3227 (MagicS3) sekitar 70 pips lagi penurunan harga.
Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance 1.33700 bakal diiuji kembali dan ketinggian harga boleh mencapai paras 1.34400 pada zon resistance sebelum ini pada chart USD/CAD.
Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.
Paras support: 1.3299, 1.3264, 1.3227.
Paras resistance: 1.3371, 1.3408, 1.3444.