Perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China terus dipantau pada minggu ini selepas memberikan khabar yang positif kepada pasaran susulan persetujuan perjanjian fasa satu.
Namun begitu, pelabur mula berwaspada berikutan kekurangan butiran berkenaan perjanjian fasa satu tersebut yang menghadkan keyakinan pasaran menuju kesepakatan rundingan yang lebih besar. Dilaporkan bahawa banyak lagi perkara yang perlu diteliti oleh kedua-dua pihak.
Kebimbangan yang timbul itu turut memberi kesan terhadap harga minyak mentah yang menunjukkan penurunan semalam yang terkesan disebabkan Amerika Syarikat dan China dikategorikan sebagai negara pengguna terbesar minyak dunia.
Di samping itu juga, terdapat juga kebimbangan terhadap ketegangan di sempadan Syria dan Turki yang bakal memberi kesan terhadap pengeluaran atau eksport dari Iraq.
Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman mengatakan para pengeksport minyak mengambil tempat dalam perjanjian pengeluaran global antara OPEC dan sekutu dikenali OPEC+, yang menunjukkan komitmen terhadap pengurangan bekalan.
Matawang dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak memberi respon penurunan nilainya melihatkan kenaikan pada carta pasangan matawang USD/CAD.
Harga menunjukkan kenaikan sejak awal sesi Asia bermula sehingga sesi pasaran New York ditutup. Harga dilihat berlegar di sekitar paras 1.32300 sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini yang merupakan zon tumpuan harga sebelum ini.
Jika harga minyak mentah terus jatuh ekoran perkembangan negatif rundingan AS-China, dagangan CAD akan terus melemah dan harga pada carta USD/CAD berpotensi untuk catat kenaikan sehingga ke paras sekitar 1.32900 atau 1.33000.
Namun jika harga minyak kembali meningkat, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan lebih rendah menguji semula paras support pada 1.31700 yang dicecah minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.