Matawang dolar Kanada dalam dagangan semasa masih dilihat berisiko oleh para pelabur. Pasaran minyak mentah menunjukkan sedikit peningkatan namun masih belum mampu untuk menyokong pengukuhan CAD.
Kadar inflasi tahunan di Kanada merekodkan kejatuhan kepada 1.4% untuk bacaan bulan Januari daripada 2.0% bacaan bulan sebelumnya dan juga lebih rendah daripada jangkaan 1.5% pasaran.
Angka tersebut meerupakan kadar yang terendah sejak Oktober 2017 terkesan daripada faktor kos tenaga dan perkhidmatan.
Dipadankan bersama matawang dolar USD, USD/CAD yang membuat penurunan pada dagangan semalam kembali pantul semula menunjukkan pergerakan menaik harga.
Harga telah turun menguji zon support pada USD/CAD sekitar paras 1.31200 semalam namun tidak berjaya menembusi paras tersebut sebelum kembali membuat kenaikan sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah setakat petang ini.
Harga yang bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3149 hari ini dilihat menuju ke paras resistance 1.3181 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line.
Lihat gambar chart USD/CAD di bawah untuk rujukan tambahan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart USD/CAD.
Paras support: 1.3122, 1.3091, 1.3064.
Paras resistance: 1.3181, 1.3207, 1.3239.