Keuntungan yang diraih pada dagangan Yen semalam dilenyapkan kembali selepas harga menunjukkan penurunan semula ekoran sentimen positif perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China sedikit meredakan kebimbangan pelabur.
Matawang safe-haven kembali diniagakan menyusut pada sesi Asia hari ini sementara matawang komoditi mengambil kesempatan untuk meneruskan pengukuhan.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga membuat kenaikan semalam sekali lagi menguji paras resistance sekitar bawah paras harga 109.700 namun masih gagal tembus ke paras lebih tinggi.
Harga kemudian kembali membuat penurunan semula pada sesi Asia hari ini dan turun lebih rendah dari paras 109.500 yang merupakan paras penting harga.
Harga bergerak di sekitar paras tersebut sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah di mana garisan Moving Average 50 (MA50) turut diuji untuk isyarat kecenderungan harga yang lebih jelas.
Penurunan harga ke paras lebih rendah bakal menuju zon RBS (resistance become support) 109.200 yang terakhir kali diuji pada minggu lalu.
Penurunan lebih rendah akan menguji pula zon RBS lebih rendah sekitar paras tumpuan 109.000.
Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula dan berjaya menembusi resistance 109.700, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mei lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.