Dagangan safe-haven Yen yang menyusut telah kembali meningkatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY.
Sentimen rundingan AS-China yang positif dengan laporan bahawa perjanjian fasa pertama semakin hampir mencapai perjanjian telah mengurangkan risiko dalam pasaran.
Ini juga telah menyokong dagangan dolar USD selepas diniagakan lemah pada awal minggu.
Kenaikan harga pada carta USD/JPY semalam melihatkan harga bergerak naik dari paras terendah harian hampir di sekitar paras 108.400 menuju zon SBR (support become resistance) pada 108.900.
Kenaikan tersebut juga telah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan isyarat kecederungan harga untuk membuat kenaikan.
Namun pengukuhan dolar USD agak terbatas sementara pelabur turut berwaspada menantikan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada sesi New York esok hari. Laporan data ADP yang mengukur pertambahan pekerjaan sektor swasta mencatatkan bacaan menurun.
Bersambung pada dagangan hari ini, harga pada carta USD/JPY masih lagi menguji paras SBR 108.900 sejak sesi Asia sehingga bersambung pada sesi pasaran Eropah.
Jika harga berjaya melepasi kenaikan dari zon tersebut, harga dilihat akan menuju paras tumpuan pada sekitar 109.200 sebelum meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance pada ketinggian 109.700.
Namun jika harga bergerak turun lebih rendah melepasi semula garisan MA50, jangkaan penurunan harga akan menuju zon support pada paras 108.300 yang diuji pada dagangan November.
Sentimen rundingan dagang AS-China masih menjadi faktor utama penggerak harga bagi dagangan dolar USD dan Yen buat masa ini. Pergerakan harga dijangka lebih volatile menjelang laporan data pekerjaan NFP diterbitkan malam esok.
Lihat gambar carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.