Berikutan dengan krisis pasaran saham terburuk sejak krisis kewangan 2008, 5 buah syarikat teknologi terkemuka Amerika Syarikat didakwa telah mengalami kerugian sebanyak $321.6 bilion. Selain itu, Apple dikatakan telah menyumbang hampir satu pertiga daripada jumlah berkenaan.
Di samping itu, saham Iphone telah jatuh 7.9%, Microsoft, Facebook dan Alphabet masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak lebih 6% manakala Amazon susut sebanyak 5.3%. Untuk pengetahuan semua, kelima-lima syarikat tersebut merupakan penyumbang terbesar kepada pasaran yang meningkatkan rekod S&P 500 pada bulan lepas.
Kini, penurunan yang direkodkan telah memberikan impak yang besar terhadap indeks yang lebih meluas.
Sementara itu, kejatuhan pasaran pada Isnin lalu mengakibatkan kerugian terbesar dalam sejarah terhadap S&P 500 dab Dow Jones Industrial Average. Hal ini disebabkan oleh penyebaran wabak coronavirus dan penurunan harga minyak. Pada Sabtu lalu, Arab Saudi bertindak mengurangkan harga jualan minyak mentah untuk April setelah perbincangan bersama OPEC gagal sehari sebelumnya.
Berdasarkan peratusan, kejatuhan paling tinggi dalam kalangan syarikat teknologi ialah syarikat perkhidmatan IT DXC yang mencatatkan penurunan sebanyak 18% diikuti Western Digital yang jatuh sebanyak 13%.
Menurut Big Tech, pelabur lebih menfokuskan kepada penurunan dalam aktiviti ekonomi dan belanjawan perniagaan jika wabak coronavirus gagal ditangani. Akibat daripada wabak itu, kebanyakan syarikat telah membatalkan program terbesar, menyekat perjalanan ke luar negara dan menggalakkan para pekerja bekerja dari rumah.
Pada minggu lalu, Amazon mengesahkan seorang pekerjanya di salah sebuah pejabat di Seattle positif COVID-19 manakala 2 orang pekerja Microsoft turut mengalami nasib yang sama pada Jumaat.