Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Data Inflasi Australia (Rabu 9.30 Pagi): Indeks harga pengguna di Australia untuk suku tahun pertama meningkat 0.3%, peningkatan rendah berbanding sebelumnya. Jangkaan untuk inflasi bagi suku tahun kedua bakal menurun.
Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Tumpuan utama minggu ini akan terarah pada mesyuarat FOMC dengan jangkaan bank pusat Amerika Syarikat (Fed) masih lagi akan mengekalkan kadar faedah. Namun, polisi monetari dijangka akan terus dilonggarkan jika dilihat berdasarkan tekanan ekonomi semasa. Ucapan susulan oleh Gabenor Jerome Powell akan mempengaruhi pergerakan pasaran.
Data Pertumbuhan GDP Jerman (Khamis 4.00 Petang): Menjadi ekonomi terbesar di Eropah, pertumbuhan ekonomi Jerman akan menjadi tumpuan pelabur. Bacaan awal GDP Jerman bagi suku kedua dijangka masih akan mencatatkan bacaan yang lemah selepas penguncupan ekonomi terbesar suku pertama sejak tahun 2009.
Data Pertumbuhan GDP AS (Khamis 8.30 Malam): Suku tahun pertama melihatkan ekonomi AS menyusut kepada 5%, iaitu penguncupuan terbesar sejak suku terakhir 2008. Dengan peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat, pertumbuhan ekonomi AS untuk suku kedua dijangka akan mencatatkan bacaan yang ketara menurun.
Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Jumaat 9.00 Pagi): Walaupun masih terpalit dengan risiko kes Coronavirus, ekonomi kedua terbesar dunia ini dilihat mencatatkan data ekonomi yang positif. Sektor pembuatan dan perkhidmatan di China untuk bulan Julai dijangka mencatatkan angka yang baik di atas paras 50 yang menunjukkan pengembangan ekonomi.
Data Pertumbuhan GDP Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Bacaan data pertumbuhan GDP bulanan Kanada menyusut 11.6% selepas penyusutan 7.5% bulan sebelumnya. Ini adalah penguncupan terbesar yang dicatatkan selepas April menjadi bulan sepenuhnya langkah perintah berkurung dilaksanakan. Bulan Jun dijangkakan bacaan GDP Kanada akan kembali meningkat kepada 3.3%.