Amerika Syarikat dan Perancis dijangka akan meneruskan rundingan mengenai cukai digital selepas Presiden Emmanuel Macron memberitahu bahawa beliau dan Presiden Donald Trump telah mengadakan perbincangan yang hebat mengenai isu tersebut.
Kedua-dua pihak dikatakan bersetuju untuk menangguh perang tarif sesama mereka sehingga akhir tahun 2020, sekaligus dapat mengelakkan daripada sebarang kenaikan tarif terhadap barangan dari Perancis.
Macron memberitahu bahawa Perancis dan A.S akan meneruskan rundingan bersama negara Eropah lain dalam tempoh tersebut untuk memutuskan rangka kerja global yang memastikan syarikat teknologi membayar cukai yang sesuai.
Perancis dikatakan masih berharap untuk mencari penyelesaian yang sesuai dengan perbincangan di Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mengenai isu itu.
Kenyataan Macron ini kemudiannya disahkan oleh White House yang menyatakan bahawa Trump telah berbincang dengan Presiden Perancis dan bersetuju untuk menyelesaikan rundingan mengenai cukai digital.
Namun begitu, tiada pengesahan mengenai penangguhan tarif telah disahkan setakat ini oleh White House.
Terdahulu, Perancis memutuskan untuk mengenakan 3% levi ke atas pendapatan daripada perkhidmatan digital yang diperoleh oleh firma dengan hasil lebih daripada 25 juta euro atau $28 juta di Perancis.
Susulan itu, Trump telah mengancam pengenaan tarif baru sebagai balasan kepada cukai digital yang dikenakan ke atas pendapatan yang diperoleh di Perancis oleh syarikat teknologi A.S seperti Facebook dan Google.