IMF mengeluarkan laporan pada hari Rabu bahawa ramalan output global 2020 harus dikurangkan berikutan impak pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan kerosakan yang lebih besar terhadap aktiviti ekonomi daripada apa yang dibayangkan sebelum ini.
IMF menjangkakan pertumbuhan ekonomi global akan menyusut sebanyak 4.9%, dibandingkan dengan pengecutan 3.0% yang diramalkan pada bulan April. Peningkatan penguncupan ini adalah berdasarkan data baru yang tersedia kerana penutupan sektor perniagaan semasa tempoh perintah berkurung.
Pemulihan pada tahun 2021 juga dijangka akan menjadi lebih lemah dengan ramalan pertumbuhan global pada 5.4% tahun tersebut berbanding 5.8% yang diramal pada April lalu. Walaubagaimanapun, IMF mengatakan bahawa jika berlaku penularan wabak fasa baru yang lebih besar pada 2021 maka ia dapat mengecilkan pertumbuhan pada tahun sehingga 0.5%.
Walaupun banyak sektor ekonomi telah mulai dibuka kembali, IMF menyatakan perintah berkurung yang longgar dan penjarakan sosial masih dapat mempengaruhi pelaburan dan penggunaan. Justeru ini dapat memburukkan lagi gangguan bekalan pada jangka masa pendek.
Ekonomi A.S dijangka menyusut 8% dan Zon Eropah pula 10.2% pada 2020.