Kadar inflasi tahunan Kanada pada bulan Jun telah mencatat lonjakan terbesar dalam tempoh lebih dari sembilan tahun. Hal ini adalah kerana sekatan yang dikenakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 telah dicabut.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada pada hari Rabu menunjukkan kadar faedah melonjak kepada 0.7% dari kejatuhan sebanyak 0.4% yang tercatat pada bulan Mei lepas. Bacaan ini mengatasi jangkaan penganalisis Reuters yang mensasarkan peningkatan kadar tahunan meningkat kepada 0.3% pada bulan Mei.
Pemacu utama pertumbuhan kadar inflasi adalah kerana peningkatan harga dalam sektor tenaga serta barangan seperti kenderaan, pakaian dan kasut sebagaimana maklumat yang dikeluarkan oleh Statscan.
Harga minyak petrol jatuh hanya 15.7% berbanding kejatuhan 29.8% pada bula Mei. Selain itu peningkatan permintaan yang lebih tinggi dengan pembukaan semula perniagaan dan perkhidmatan awam secara beransur-ansur.
Dalam masa yang sama harga daging pula meningkat 8.1% berbanding setahu lalu. Secara keseluruhan, harga meningkat di 9 wilayah dari 10 wilayah A.S.
Matawang US dolar menyusut berbanding Kanada dolar sebanya 0.14% kepada paras 1.3439 setakat jam 9.30 p.m.