Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Boris Johnson pada hari ini, ketua perunding Britain (UK) David Frost menyatakan sebuah penekanan mengenai tekad beliau untuk menyelesaikan rundingan Brexit dengan EU walaupun beliau kini bakal menjawat jawatan baru sebagai Penasihat Kesalamatan Negara (NSA).
Pada hari Ahad, Frost dilantik sebagai penasihat NSA. Berdasarkan laporan Frost memiliki perselisihan faham dengan sudut pandang yang diketengahkan oleh penasihat politik Boris Johnson dan berikutan hal tersebut beliau berhasrat untuk mengundurkan diri.
Beliau dijangka akan memulakan peranannya sebagai penasihat NSA pada bulan September dan perkara ini dijangka akan mengambil masa kerana bertindih dengan maslahat yang lebih besar iaitu rundingan Brexit.Menurut jurucakap Boris Johnson, David akan tetap memikul peranan sebagai ketua perunding interim sementera rundingan tersebut diselesaikan.
Tambah jurucakap Boris Johnson, UK sangat jelas bahawa rundingan perdagangan bersama EU harus diselesaikan secepat mungkin dan pentadbiran UK harus memastikan semuanya sudah bersedia untuk menghadapi fasa baru. Dalam masa yang sama, kebimbangan turut dizahirkan jika rundingan berlangsung terlalu lama kerana ia akan mengugat rancangan yang telah dipersiapkan.