Sektor-sektor perniagaan dan utama yang ditutup akibat wabak Covid-19 telah mula dibuka sejak pertengahan bulan Mei secara bertahap. Perintah berkurung yang dikenakan juga telah di angkat. Atas dasar itu, data pekerjaan selepas pasca pengetatan peraturan sangat menjadi tumpuan penting pasaran.
Pada minggu yang berakhir pad 6 Jun, jumlah rakyat Amerika Syarikat yang memohon tuntutan pengangguran awal adalah berjumlah 1.54 juta berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja A.S pada hari Khamis. Ini menunjukkan jumlah tuntutan masih berada di atas angka 20 Juta dan membawa indikasi bahawa pasaran buruh berkemungkinan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih dari wabak tersebut.
Jumlah tuntutan awal adalah sedikit lebih baik daripada jangkaan para penganalisis yang menjangkakan sebanyak 1.55 juta tuntutan dan angka minggu lepas juga jatuh dari angka minggu sebelumnya yang mencatat 1.89 juta tuntutan.
Jumlah tuntutan secara beransur-ansur jatuh menurun sejak mencapai angka 6.86 juta rekod pada minggu yang berakhir pada 28 Mac.Jumlah tuntutan mencapai jumlah angka 20.92 juta pada minggu yang berakhir 30 Mei.
Penurunan jumlah tuntutan adalah didorong oleh Program Perlindungan Gaji oleh Kerajaan yang merupakan sebahagian dari pakej fiskal yang bernilai hampir $ 3 trillion. Kadar pengangguran telah melonjak dari 3.5% pada bulan Februari kepada 13.3% pada bulan Mei.