Data pekerjaan ADP (Automatic Data Processing) yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan pengurangan jumlah pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat iaitu sebanyak 27,000 pekerjaan dikurangkan pada bulan Mac. Data ini merupakan bacaan sebelum impak wabak Covid-19 ke atas pasaran buruh A.S.
Ini merupakan kejatuhan pertama dalam bilangan pekerjaan sektor swasta sejak September 2017. Walaubagaimanapun, para pakar eknomi menjangkakan laporan ADP yang dikeluarkan akan mencatatkan lebih banyak pengurangan iaitu sebanyak 150,000 pekerjaan. Dalam masa yang sama, bilangan tambahan pekerjaan pada bulan Februari dinilai semula kepada 179,000 daripada bacaan sebelumnya iaitu 183,000.
Menurut Ahu Yildirmaz, ketua bersama Institut Penyelidikan ADP menyatakan bahhawa adalah penting untuk diketahui bahawa Laporan pekerjaan ADP adalah berdasarkan kepada bilangan gaji pekerja aktif sepanjang tempoh 12 bulan. Justeru, bacaan bulan Mac ini tidak sepenuhnya mencerminkan kesan terbaru Covid-19 terhadap sektor pekerjaan.
Bacaan ADP ini dikeluarkan 2 hari sebelum menjelang laporan NFP pada hari Jumaat. Ahli ekonomi menjangkakan sebanyak 100,000 pekerjaan akan dikurangkan.