Syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X Bhd hari ini mencatatkan kerugian suku tahunan yang lebih besar kerana kekurangan pendapatan yang didorong oleh penularan wabak Covid-19 yang mengurangkan perjalanan. Oleh yang demikian, syarikat berkenaan akan terus melakukan usaha penstrukturan semula terhadap kemampuannya untuk mengumpulkan dana baru dan bertahan.
Sebelum ini, syarikat tersebut juga telah melaporkan kerugian bersih sebanyak RM308.5 juta untuk suku yang berakhir pada bulan September, meningkat daripada kerugian bersih RM229.9 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Menurut sebuah laporan, pendapatan syarikat penerbangan terkemuka itu telah mengalami kejatuhan sebanyak 94% iaitu kepada RM59.9 juta.
Pada bulan Oktober, mereka didakwa telah menjalankan penstrukturan berskala besar, yang bertujuan untuk menyusun semula hutang tidak bercagar sebanyak RM63 bilion menjadi jumlah pokok RM200 juta dan melangsaikan selebihnya, untuk mengelakkan pembubaran.
Manakala pada bulan ini, syarikat penerbangan itu telah menyemak semula rancangan untuk mengkategorikan semula pemiutangnya dalam usaha mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh pemiutang.
Berdasarkan sebuah kenyataan, pelaksanaan skema ini sedang berlangsung dan keberhasilannya sangat penting bagi kemampuan perusahaan tersebut untuk mengumpulkan dana baru sebagai hutang atau ekuiti.
Selain itu, AirAsia X sedang berbincang dengan institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman jaminan kerajaan sehingga RM500 juta.