Menurut jurucakap kementerian luar China, Hua Chunying, negara berkenaan bertindak membatalkan keputusan pengecualian visa bagi pemegang pasport diplomat Amerika Syarikat yang mengunjungi Hong Kong dan Macau.
Selain itu, China juga akan melaksanakan sekatan timbal balik terhadap beberapa pegawai AS, anggota Kongres, anggota badan bukan kerajaan, dan anggota keluarga mereka, atas tindakan mereka di Hong Kong.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.
Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan kewangan dan larangan perjalanan ke atas 14 pegawai China kerana isu berkaitan undang-undang keselamatan nasional untuk Hong Kong dan penyingkiran Beijing bulan lalu sebagai anggota parlimen pembangkang terpilih di Hong Kong.