Setelah peningkatan harga selama beberapa hari, dagangan emas mula perlahan pada penghujung minggu sementara pelabur memantau isu-isu utama yang berlegar dalam pasaran yang turut mempengaruhi komoditi berharga tersebut.
Pada carta harga XAU/USD memperlihatkan corak kenaikan harga pada minggu ini dengan harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menunjukkan trend bullish.
Pada dagangan Khamis semalam, harga yang telah membuat kenaikan tertinggi mingguan ke paras sekitar 1843.00 kembali pamerkan penurunan semula ke paras sokongan MA50.
Namun, harga kembali pantul semula sehingga sesi New York berakhir dan menutup dagangan sekitar paras 1840.00.
Harga masih bergerak mendatar di bawah paras 1850.00 pada Jumaat dengan jangkaan kenaikan harga akan menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Sementara penurunan harga pula dilihat akan menguji sokongan dinamik MA50 dan jika harga berjaya lepasinya, paras sokongan harga seterusnya dilihat pada 1800.00.
Untuk memantau pergerakan harga selanjutnya, pelabur akan terus memberi tumpuan terhadap perkembangan isu vaksin serta pakej rangsangan ekonomi AS.
Kedua-dua faktor yang mempengaruhi dagangan US dolar tersebut turut mempengaruhi pergerakan harga emas dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.