Pergerakan harga emas berbanding US dolar pada carta XAU/USD menunjukkan harga kian jatuh namun dengan kadar yang lebih perlahan berbanding terjunan pada awal minggu.
Peningkatan semula harga selepas mencecah paras terendah pada support 1850.00 gagal mencapai ke paras tumpuan 1900.00.
Sebaliknya harga terus ditekan kembali ke paras support 1850.00 pada dagangan yang menuju je penghujung minggu.
Selepas reaksi awal pelabur yang melepasi pegangan bagi aset safe-haven, sentimen positif vaksin dijejaskan dengan faktor peningkatan kes jangkitan Coronavirus yang berterusan.
Pelabur menantikan perkembangan selanjutnya vaksin untuk terus meletakkan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi di seluruh dunia yang terkesan dengan krisis pandemik sebelum ini.
Keyakinan pelabur yang terus meningkat akan membuatkan harga emas terus susut dengan jangkaan lebih rendah dari paras sokongan 1850.00 minggu ini.
Sasaran destinasi penurunan lebih lanjut adalah ke paras tumpuan 1800.00 selepas kenaikan harga berjaya melepasi paras itu pada Julai lalu.
Namun jika harga berjaya membuat kenaikan semula, paras 1900.00 akan kembali menjadi tumpuan bagi pelabur menilai reaksi harga di zon tersebut untuk isyarat pergerakan selanjutnya.
Kenaikan harga akan ke paras lebih tinggi jika perkembangan laporan vaksin kembali negatif yang mula meningkatkan kebimbangan pasaran.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI