Permulaan dagangan sesi Eropah menyaksikan logam berharga emas mencatatkan peningkatan sederhana berikutan kewaspadaan pelabur menjelang tarikh akhir untuk persetujuan pakej rangsangan AS.
Pada hujung minggu, Speaker Dewan Nancy Pelosi telah memberikan tempoh 48 jam kepada White House untuk memberi kejelasan adakah kesepakatan dalam rangsangan fiskal AS dapat dicapai sebelum pilihan raya presiden, 3 November.
Walaupun perjanjian ini mungkin tidak dapat dibuat berikutan Senat AS yang memilih untuk pakej bantuan lebih kecil, namun pelabur cuba untuk optimis bahawa ia dapat dicapai tetapi tetap mengambil langkah berhati-hati.
Sementara itu, laporan terbaru mengenai Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin yang telah merapatkan perbezaan mereka setelah berbincang melalui panggilan telefon juga sedikit mengangkat harapan pasaran.
Bagaimanapun, ketidakpastian sama ada persetujuan dapat dicapai atau tidak, terus membataskan pergerakan emas daripada meningkat lebih tinggi.
Memasuki sesi Eropah, logam berharga emas didagangkan di sekitar harga $1,901 per auns, sementara niaga hadapan emas pula pada $1,903 per auns (3.20 petang waktu Malaysia).