Pound Sterling masih didagangkan berisiko dalam pasaran berikutan faktor ketidaktentuan pada rundingan Brexit yang berlarutan.
Keuntungan yang diraih Pound gagal dikekalkan dengan penurunan semula nilai dagangan pada sesi Eropah semalam.
Pada pergerakan carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga kembali dilihat melonjak pada sesi New York membuatkan pelabur berharap perkembangan yang positif pada rundingan Brexit.
Namun, kenaikan harga tersebut adalah didorong oleh penyusutan nilai US dolar susulan sentimen pelabur mula optimis untuk pakej rangsangan ekonomi AS bakal capai persetujuan dalam masa terdekat.
Perbincangan selanjutnya akan dinantikan oleh pelabur untuk keputusan yang bakal dikemaskini hari ini.
Sementara itu, dapat dilihat harga pada carta GBP/USD pamerkan corak kenaikan harga walaupun perlahan sepanjang sesi Asia pagi ini dengan pergerakan harga telah berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Jangkaan kenaikan lebih tinggi akan mengatasi paras rintangan 1.30000 sebelum harga menguji paras ketinggian harga pada minggu-minggu sebelumnya.
Zon resistance pada 1.32000 akan menjadi destinasi kenaikan seterusnya setelah harga jelas memberi isyarat trend bullish.
Sebaliknya, perubahan pada sentimen pasaran bakal memperlihatkan harga berubah arah membuat penurunan semula untuk kembali ke zon support di bawah paras 1.29000.
Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut bakal menuju paras lebih rendah sekitar 1.27600.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI