Ethereum (ETH) dilihat sukar untuk melonjak melepasi paras rintangan pada $594, $595 dan $600 dan dilihat kekal didagangkan pada julat atas $565.
Tengahari tadi harga ETH menghampiri zon sokongan $580 dan 100 simple moving average (SMA100).
Jika Ethereum gagal untuk bertahan atas sokongan $580 dan SMA100, ada kemungkinan untuk pelabur menyaksikan kerugian dahsyat.
Sokongan seterusnya berada sekitar paras $575. Penutupan di bawah sokongan $575 boleh mencetuskan penyusutan sehingga $565 dan $555.
Namun berbeza pula jika ETH bertahan di atas paras sokongan $580 dan $575, aset ini mampu melonjak lebih tinggi. Rintangan terdahulu berdekatan dengan garisan trendline semasa dan paras $585.
Buat masa sekarang, rintangan utama masih dilihat berada berdekatan paras $595.
Kenaikan melepasi rintangan $595 dan $600 berpotensi membawa harga aset ini ke paras yang lebih tinggi. Rintangan utama seterusnya berada sekitar zon $620.
Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $586, susut 0.51% daripada rekod tertinggi 24 jam, $590.