Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Ethereum kini berada dalam fasa penting apabila harga gagal menembusi rintangan sekitar $2,450 dan bergerak dalam julat sempit antara $2,300 hingga $2,400.
Ketika artikel ini ditulis, harga Ethereum berada di paras $2,310.65 iaitu menurun 0.04% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Selepas melonjak kira-kira 33% dari paras rendah Februari, momentum kenaikan mula perlahan dan pasaran kini memasuki fasa konsolidasi yang lebih ketat.
Situasi ini biasanya menandakan pasaran sedang mengumpul tenaga sebelum menentukan pergerakan besar seterusnya.
Menariknya, walaupun harga meningkat sebelum ini, data derivatif menunjukkan sentimen yang bercampur.
Open interest meningkat dengan ketara, menunjukkan lebih banyak aktiviti spekulatif dalam pasaran.
Namun, kadar funding kekal negatif, menandakan ramai trader masih mengambil posisi short walaupun harga sedang naik.
Dalam masa yang sama, tahap leverage juga telah menurun dengan ketara daripada 0.76 kepada 0.57.
Penurunan ini berlaku apabila posisi long ditutup selepas harga kembali ke sekitar $2,350, manakala posisi short sama ada dilikuidasi atau ditutup semasa kenaikan.
Hasilnya, pasaran kini lebih ‘bersih’ dan kurang berisiko mengalami liquidations besar, tetapi juga kurang didorong oleh spekulasi agresif.
Dari sudut teknikal, Ethereum kini berada dalam fasa compression, iaitu keadaan di mana harga tersepit antara sokongan sekitar $2,200 dan rintangan $2,450.
Volatiliti semakin mengecil, menunjukkan pasaran sedang berada dalam keseimbangan antara pembeli dan penjual.
Namun, Ethereum masih berada di bawah purata pergerakan 200 hari yang menurun, menandakan tekanan jangka panjang masih wujud.
Untuk breakout berlaku, pasaran memerlukan satu faktor utama iaitu permintaan spot sebenar. Tanpa pembelian nyata, sebarang kenaikan berisiko gagal bertahan.
Jika Ethereum berjaya menembusi $2,450 dengan volume kukuh, sasaran seterusnya boleh menuju $2,700.
Namun jika gagal mempertahankan sokongan $2,200, harga berpotensi kembali ke sekitar $2,050.
Buat masa ini, pasaran hanya menunggu pemangkin jelas untuk menentukan arah seterusnya.






















































