Selepas siri penurunan yang agak panjang, matawang dolar Australia kembali mempamerkan peningkatan pada dagangan sesi Asia hari ini susulan keputusan mesyuarat bank pusat Australia pertama untuk tahun 2020.
Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.75% seperti yang telah dijangkakan.
Kenyataan positif oleh Gabenor Philip Lowe mendorong Aussie mengukuh dengan polisi semasa dilihat berjaya merangsang ekonomi negara yang menyokong pertumbuhan pekerjaan serta pendapatan.
Gabenor Lowe melihat prospek ekonomi global kekal rasional dengan melihat kelembapan ekonomi yang bermula pada 2018 mula menghampiri ke penghujungnya.
Memulakan dagangan pada minggu ini, pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD bergerak mendatar di zon support sekitar 0.68800 semalam di mana paras tersebut merupakan paras terendah yang dicatatkan sejak dagangan Oktober 2019.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga yang berlegar di zon support tersebut kemudiannya melonjak sekitar 45 pips melepasi garisan halangan dinamik Moving Average (MA50) susulan keputusan mesyuarat RBA diumumkan.
Momentum pengukuhan Aussie bakal menolak harga ke paras lebih tinggi menuju 0.67400 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance).
Kenaikan lebih tinggi bakal menuju pula paras tumpuan pada 0.68800 yang juga merupakan zon SBR pada carta AUD/USD.
Namun jika tekanan wabak novel Coronavirus semakin meningkat, harga berkemungkinan kembali membuat penurunan semula dan cuba melepasi zon support 0.68800. Penurunan lebih rendah bakal mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.