Australia pada hari ini telah memulakan operasi pembuatan vaksin secara tempatan yang dibangunkan oleh University of Oxford dengan sekitar 30 juta dos akan dihasilkan.
Walaupun masih lagi menjalani ujian klinikal fasa ketiga, vaksin yang juga merupakan sebahagian daripada usaha AstraZeneca dianggap antara vaksin yang berpotensi tinggi.
Firma bioteknologi, CSL yang berpangkalan di Victoria bertanggungjawab dalam pengeluaran vaksin dijangka akan mengeluarkan vaksin tersebut pada separuh pertama 2021 jika ujian terbukti berjaya.
Tindakan yang diambil mungkin sedikit berisiko. Namun, Ketua Pegawai Saintifik CSL, Andrew Nash berharap usaha ini dapat membuahkan hasil, selari dengan proses ujian klinikal yang mana ketika itu tersedia untuk penggunaan masyarakat.
Setiap seorang akan menerima dua dos vaksin. Ini bermakna keberkesanan vaksin tersedia untuk 15 juta orang.
Bagaimanapun, vaksin itu tidak akan diedarkan bagi penggunaan selagi proses pengembangannya tidak dinilai dan disahkan oleh pihak berkuasa Australia, Therapeutic Goods Administration (TGA).
CSL juga turut menghasilkan beberapa dos vaksin COVID-19 yang lain, dibangunkan oleh University of Queensland (UQ), kini tersedia untuk ujian klinikal seterusnya, Fasa 2b/3.
Buat masa sekarang, pihak mereka masih menunggu pengesahan dan maklumat tinjauan bagi ujian klinikal Fasa 1.