Australia hari ini meminta Organisasi Perdagangan Dunia untuk menjalankan siasatan terhadap tarif China atas import barli, bagi menyelesaikan salah satu dari beberapa perselisihan politik yang sengit antara kedua-dua buah negara.
Selain itu, Menteri Perdagangan, Simon Birmingham didakwa telah mengecam caj tambahan Beijing sebanyak 80% yang dikenakan untuk penghantaran barli Australia dan menganggap ianya sebagai perkara yang tidak disokong oleh fakta dan bukti serta mencadangkan agar WTO mengambil tindakan selanjutnya.
Untuk pengetahuan semua, eksport barli Australia ke China bernilai sekitar $ 1 bilion dolar setahun sebelum musim kemarau baru-baru ini.
Semetara itu, tindakan tersebut adalah kali pertama Australia mengambil tindakan undang-undang terhadap China di WTO yang dianggap sebagai perang perdagangan antara Beijing dan Canberra.
Semalam, Perdana Menteri Scott Morrison mendedahkan bahawa akan mengenakan larangan tidak rasmi terhadap eksport arang batu bernilai jutaan dolar Australia, dan ianya adalah suatu tindakan yang melanggar peraturan WTO.
Sebelum ini, Beijing telah melancarkan sekatan ekonomi terhadap produk Australia, kerana hubungan diplomatik dengan Canberra didakwa semakin tegang sejak insiden di Lapangan Tiananmen 1989 yang meragut nyawa.
Hal ini dikhabarkan adalah hukuman bagi Australia yang menolak pengaruh Bejing, pelaburan China di kawasan sensitif dan secara terbuka serta melibatkan isu penyiasatan mengenai asal usul coronavirus.
Menurut Badan industri GrainGrowers Australia, tarif China dapat menelan belanja sektor berkenaan sekitar $ 1.9 bilion selama 5 tahun akan datang.