Terkini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa para pelanggan perbankan termasuk dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman dan bayaran kewangan kecuali untuk baki kad kredit. Dengan kata lain, bank-bank telah diarahkan untuk menangguhkan bayaran balik hutang peminjam selama enam bulan.
Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Jessica Chew, langkah tambahan yang diambil oleh BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan akibat penularan Covid-19.
Dalam masa yang sama, bank pusat turut menyatakan bahawa moratorium tersebut secara automatik akan berkuat kuasa bermula 1 April ini. Moratorium ini hanya sah bagi pemberi pinjaman yang tidak ada bayaran tertunggak melebihi 90 hari sebelum 1 April dan pinjaman tersebut mesti dalam bentuk mata wang ringgit.
Bank digalakkan untuk memperpanjangkan tempoh moratorium untuk peminjam korporat jika terdapat rekod yang baik dalam pelaburan yang lepas. Bank juga diarahkan untuk menyediakan pelanggan mereka dengan informasi yang lengkap mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu.
Bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun.
Disisi lain, bagi individu yang tidak dapat memenuhi pembayaran mereka selama tiga bulan berturut-turut, bank akan menukar secara automatik baki kad kredit mereka menjadi pinjaman bersyarat.