Presiden AS Donald Trump hari ini bercadang untuk menangguhkan pilihan raya 2020, di saat beliau sudah ketinggalan jauh dengan saingannya, calon demokrat Joe Biden. Presiden Amerika Syarikat itu menggunakan penularan wabak COVID-19 dan kemungkinan wujud penipuan dalam pengundian sebagi alasan untuk berbuat demikian.
Melalui posting yang dimuatnaik di laman Twitter beliau, Trump menyuarakan cadangannya itu agar rakyat negara di bawah pimpinannya itu dapat mengundi dalam keadaan yang selamat. Tambahan daripada itu, beliau turut menekankan tentang kewujudan faktor penipuan dalam sesi pilihan raya 2020 dan ianya bakal memalukan Amerika Syarikat.
Walau bagaimanpun, hanya kongres yang dapat mengubah tarikh pilihan raya. Sebelum ini, 3 November telah pun diputuskan sebagai tarikh pilihan raya presiden. Bahkan penangguhan yang diusulkan oleh Trump itu sangat mustahil untuk direalisasikan.
Sebelum ini, presiden Amerika Syarikat tersebut mendedahkan bahawa beliau tidak mengalami sebarang masalah apabila menjelang pilihan raya dan terpaksa berhadapan dengan calon demokrat itu.
Namun, wabak pandemik COVID-19 dilihat semakin tidak terkawal khususnya di beberapa buah negeri pimpian Republikan seperti Florida dan Texas. Oleh itu, semasa pemilihan awal presiden pada awal tahun ini, beberapa negeri bertindak menangguhkan sesi pengundian atau menghadkan bilangan tempat mengundi.
Oleh yang demikian, calon demokrat, Joe Biden telah mencadangkan agar rakyat Amerika Syarikat membuat pengundian melalui pos. Namun, cadangan tersebut telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Trump dan mendakwa bahawa ianya akan mendorong ke arah penipuan serta rakyat Amerika Syarikat perlu keluar mengundi seperti biasa.