Kenaikan oleh Bitcoin (BTC) dilihat berpotensi untuk melonjak naik sekitar $12,000-$12,200 bagi menyokong permulaan lonjakan nilai sehingga cecah $12,900 atau $13,000.
Berikutan pasaran yang tidak menentu, nilai BTC telah mencatatkan penyusutan sehingga $11,820 dan aset digital itu dilihat ada harapan untuk ditutup atas $12,000.
Sebelum ini harga BTC melonjak sebanyak 11.93% setelah 4.4% pembetulan harga untuk tempoh selama 6 hari.
Menariknya, pembetulan harga berlaku terhadap harga BTC dan pasaran kripto, sebaliknya S&P 500 mencatatkan rekod tertinggi baru ke paras sekitar 3,395.06, sekaligus menutup seluruh kerugian yang berpunca dari wabak COVID-19 bermula Mac lalu.
Pada kemuncak pembetulan, nilai Chainlink telah susut sebanyak 17.29% dan nilai altcoins mengalami penyusutan sebanyak 18.94%, jauh dari paras ketinggian sepanjang masa.
Harga Ether juga susut, kembali ke $412.28 sebelum didagangkan pada $425. EOS juga menurun 9.13%, namun nilai altcoins yang kembali pulih didagangkan pada $3.62.
Keseluruhannya, pasaran matawang kripto kini berjumlah $377.5 bilion dan Bitcoin mencatatkan 59% indeks dominasi ketika ini.