Pelabur matawang kripto diminta bersabar menanti lonjakan Bitcoin (BTC) berikutan situasi terkini tidak memberi peluang untuk aset digital itu melompat melepasi $12,000.
Penganalisis mengandaikan situasi ini akan kekal untuk tempoh beberapa bulan, setidak-tidaknya sehingga berlaku pilihanraya presiden Amerika Syarikat (AS).
Ya, senario politik di negara itu membawa pengaruh besar terhadap pasaran kripto. Sama seperti syarikat besar dunia yang terjejas ekoran wabak COVID-19.
Jika anda mengikuti berita kematian Hakim Mahkamah Tinggi AS, Ruth Bader Ginsburg pasti anda tahu insiden itu juga turut memberi kesan kepada matawang bitcoin.
Khabar duka itu menyebabkan BTC susut teruk berbeza dengan kebanyakan ekuiti utama di AS. Hal ini kerana ketika aset konvensional susut, pelabur akan mencairkan pegangan mereka bagi melindungi liabiliti.
Pengarah Trade Block, John Todaro menjelaskan keadaan politik bukan sahaja terkesan pada matawang fiat tetapi juga matawang digital.
“Situasi samar akan menimbulkan kebimbangan dan pasaran akan lebih gerun dengan pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.
Maka, tidak mustahil jika bitcoin kembali pulih berikutan ekuiti yang mengalami penurunan momentum.
Lonjakan BTC/USD dapat dipastikan dalam beberapa bulan lagi, membuktikan matawang itu mampu tembus ke paras tertinggi.