Tidak semua orang mempunyai tanggapan terbuka apabila melibatkan topik matawang kripto, Bitcoin (BTC).
Micheal O’Leary, pegawai eksekutif penerbangan murah Ryanair salah seorang daripadanya, baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan negatif mengenai Bitcoin.
Menerusi akhbar The Times, beliau menyatakan pendiriannya untuk tidak sama sekali membuat pelaburan dalam Bitcoin dan menyamakan konsep matawang kripto itu dengan perniagaan MLM, dikenali sebagai Ponzi.
Disebabkan itu, beliau menyarankan kepada orang ramai untuk mengelakkan daripada sebarang urusan BTC.
Namun siapa sangka, rupanya beliau merujuk kepada penipuan kripto, Bitcoin Lifestyle yang berlaku baru-baru ini.
Dikatakan program itu telah menipu, mendakwa bahawa O’Leary telah membuat penampilan mengejut, menayangkan kemewahannya hasil pelaburan Bitcoin kepada penonton dan hos rancangan Late Show, Ryan Tubridy.
Fenomena itu menyebabkan National Ireland Bank membuat panggilan kepada rancangan itu dengan tujuan untuk menghentikan tayangan serta-merta. Lebih mengeruhkan keadaan, National Ireland Bank sebenarnya tidak wujud.
Taktik ini bukanlah taktik baru yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menarik pelabur berpotensi dalam pelaburan Bitcoin. Sebelum ini juga berlaku penipuan Bitcoin yang melibatkan Kerabat Diraja Sussex, Prince Harry Charles Albert David dan Meghan Markle.
Pada Mac pula, Facebook terpaksa berurusan dengan bekas suami Janet Jackson, Wissam Al Mana yang menuntut untuk mendedahkan pemilik iklan berbayar yang menayangkan gambarnya untuk tujuan penipuan kripto.