Boris Johnson harus segera memutuskan mengenai langkah susulan yang perlu dilaksanakan dengan perdagangan Brexit yang terhenti disebabkan para perunding kedua-dua belah pihak gagal untuk mencapai kesepakatan menjelang tarikh akhir yang ditetapkan oleh Perdana Menteri UK pada 15 Oktober.
Menurut salah seorang diplomat EU yang dirahsiakan namanya melaporkan bahawa terdapat “kemajuan” mengenai peraturan persaingan. Walaubagaimanapun, kedua-dua belah pihak mendakwa mereka belum mencapai titk temu dalam perbezaan pandangan.
Johnson memberitahu perwakilan EU pada hari Rabu bahawa beliau kecewa kerana tidak ada kemajuan dalam rundingan dua minggu terakhir. Dalam sesi panggilan telefon dengan presiden Suruhanjaya dan Majlis Eropah, Ursula von der Leyen dan Charles Michel, Johnson mengatakan bahawa beliau akan menunggu hasil dari sidang kemuncak Eropah pada hari Khamis sebelum menetapkan langkah-langkah susulan.
27 ketua negara EU akan berkumpul di Brussels pada hari Khamis petang untuk pertemuan pada bulan Oktober mereka. Mereka cenderung meminta perundingan Brexit untuk diteruskan.
Halangan kesepakatan Brexit adalah masih sama iaitu masalah perikanan dan perbezaan perdagangan peraturan persaingan dan perjanjian susulan pad masa akan datang.