Negara United Kingdom (UK) kini berada sedang berada dalam keadaan tersepit. UK bukan sahaja sedang berhadapan dengan keitdaktentuan dalam perjanjian perdagangan Brexit namun kadar kematian akibat Covid-19 telah catat peningkatan secara mendadak. Pegawai Kesihatan UK pada hari ini telah memberi amaran dan menggesa agar tindakan pantas diambil sebelum perkara yang sama berulang kembali.
United Kingdom setakat ini telah menjadi negara Eropah pertama yang mencatat jumlah angka kematian terbesar akibat Covid-19 dan yang kelima terbesar di dunia. Baru-baru ini, kes Covid-19 telah meningkat sekurang-kurangnya 6,000 kes setiap hari di Britain. Jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital meningkat dua kali setiap 8 hari.
Chris Whitty yang merupakan ketua pegawai perubatan pentadbiran telah memperingatkan bahawa jika penularan wabak ini tidak dibendung dengan pantas, maka tidak mustahil kes positif akan mencapai 50,000 kes baru setiap hari pada pertengahan Oktober.
Kenyataan ini dikeluarkan menjelang mesyuarat darurat (COBRA) pada hari Selasa yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri British Boris Johnson. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah selanjutnya bagi mengatasi penularan wabak Covid-19.
Tumpuan pasaran akan tertumpu pada hasil mesyuarat COBRA dan tindak balas pentadbiran terhadap isu Covid-19 yang berbangkit.