US dolar mencatat penyusutan pada hari Selasa walaupun terdapat kebimbangan terhadap gelombang kedua jangkitan Covid-19, dimana para pelabur sedang meneliti perkembangan pilihan raya A.S yang akan berlangsung pada 3 November nanti.
Pada hari Isnin, pemain pasaran telah membuat jualan panik namun aktiviti pasaran pertukaran matawang asing tidak banyak berubah.
Justeru, para penganalisis memberi amaran bahawa para pelabur secara jelas mengambil sikap berhati-hati setelah Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis mencatat rekod harian baru dalam jangkitan Covid-19. Tambah penganalisis, pergerakan pertukaran matawang tidak banyak bergerak kerana segelintir pemain pasaran enggan untuk membuat pertaruhan menjelang tarikh pilihan raya semakin hampir.
Indeks US dolar yang mengukur greenback berbanding matawang utama terus menyusut sebanyak 0.17% pada bacaan 92.892 setakat jam 10.45 p.m.
Isu seperti rundingan pakej rangsangan A.S dan rundingan Brexit termasuk kepada implikasi peningkatan kes jangkitan Covid-19 ke atas pertumbuhan GDP suku keempat lebih cenderung mendorong pengukuhan matawang Euro dan sterling berbanding US dolar.
Para penggubal dasar ECB dijangka akan bertemu pada hari Khamis, walaubagaimanapun jangkaan bahawa reaksi pasaran adalah terbatas.