Pergerakan mendatar harga dipamerkan bagi dagangan pasangan matawang EUR/USD hari ini ekoran kedua-dua matawang US dolar dan Euro masig-masing diniagakan lemah dalam pasaran ekoran risiko Coronavirus COVID-19.
Setelah mengalami penyusutan akibat pengumuman kecemasan oleh Federal Reserve yang memotong kadar faedah sehingga 50 mata asas, penganalisis pasaran menjangkakan bahawa tindakan tersebut tidak akan berhenti setakat itu. Malah, pemotongan lebih lanjut kadar faedah oleh Fed dijangka menyusul pada mesyuarat seterusnya.
Pasaran kini menantikan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat untuk menilai pergerakan harga bagi matawang US dolar penghujung minggu.
Dolar Euro pula turut gagal mengukuh untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan US dolar. Bank pusat Eropah (ECB) bakal melaksanakan pelonggaran dasar monetari untuk atasi penularan wabak Coronavirus di Eropah.
Meningkatkan kebimbangan apabila di Itali telah dilaporkan kesemua sekolah dan Universiti diarahkan untuk ditutup sebagai langkah membendung penyebaran virus.
Jika dilihatkan pergerakan pada carta EUR/USD, harga gagal memaparkan arah pergerakan yang jelas dan pergerakan lebih mendatar sejak semalam selepas turun dari paras resistance 1.11800.
Harga kekal bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sehingga bersambung pada sesi Asia hari ini.
Dagangan pada sesi Eropah mula menunjukkan harga cuba membuat kenaikan yang lemah menuju semula zon resistance pada ketinggian semalam.
Zon resistance di bawah paras 1.12000 akan menjadi penanda aras untuk harga teruskan kenaikan ke paras lebih tinggi atau kembali membuat penurunan semula.
Penurunan harga pula dilihat akan menguji paras support 1.11000 sebelum penurunan lebih rendah yang berjaya diteruskan akan menuju zon RBS (resistance become support) 1.10400.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.