US dolar pamerkan prestasi dagangan yang merosot pada Rabu dengan penyusutan nilai berbanding matawang utama yang lain khususnya pada sesi New York.
Penyusutan US dolar dilihat pada sesi Eropah sebelumnya dan situasi tersebut berterusan dengan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York gagal menyokong semula pengukuhan matawang utama itu.
Pelabur beralih tumpuan pada perkembangan rundingan pakej rangsangan ekonomi AS dengan harapan yang semakin pudar untuk kesepakatan dicapai antara Republik dan Demokrat.
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD kembali membuat kenaikan semula semalam setelah menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1.17200.
Kenaikan harga juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal perubahan trend bullish bakal bermula.
Harga bergerak mendatar pada zon rintangan sekitar 1.18000 selepas kenaikan yang dipaparkan pada sesi New York.
Dengan jangkaan US dolar yang berterusan melemah, kenaikan harga mampu mencapai semula kenaikan ke paras ketinggian 1.19000 yang merupakan zon resistance yang diuji minggu lalu.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan di zon RBS 1.17200 akan kembali menjadi tumpuan harga semula.
Selain perkembangan penghasilan vaksin Covid-19, pelabur akan turut memberi tumpuan terhadap data jualan runcit AS pada Jumaat yang akan mempengaruhi dagangan US dolar.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI